CLICK!

Followers

Thursday, March 31, 2016

March 31, 2016


Cadangnya nak rakam gambar cili yang macam tanduk tu… Tak sangka ada pantulan cahaya di kaca mata. Sekali pandang nampak macam jin pun ada..!!!

Uncle pula yang naik seram..!!! Baahaha (Gelak jin)





Wednesday, March 30, 2016

March 30, 2016


"Uncle baru saja 'ehem‐ehem' di tandas tiga bintang…"

(Uncle sangka hanya hotel yang digred mengikut jumlah bintang…
Rupanya tandas juga! #BaruTahu!)






Tuesday, March 29, 2016

March 29, 2016



"Batman v Selfieman v Superman"

(Gajah sama gajah bergaduh, 'uncle' mati di tengah-tengah...)






Monday, March 28, 2016

March 28, 2016


Ini pejabat atau tadika…? Penuh dengan permainan!

(Benar kata pepatah Inggeris, "There always a boy in every man…")








Sunday, March 27, 2016

March 27, 2016


Penangan fenomena El‐Nino… 
...entah dah berapa kali dah uncle mandi hari ini…

#WangiSepanjangHari




Saturday, March 26, 2016

March 26, 2016

BB@40, 7 tahun!


Tujuh tahun lepas, hari ini, uncle sedikit pun tidak menyangka BB@40 boleh bertahan sebegini lama… Terima kasih untuk pembaca bunyi dan pembaca sunyi kerana sokongan, dorongan dan kritikan…! 

(Tanpa kawan‐kawan semua, uncle tak terbuat 'kerja gila' ni… Hehe!)





Friday, March 25, 2016

March 25, 2016


Selamat hari lahir yang ke 47 untuk ku…

(Orang tua pakai topi hari lahir D.I.Y. dari kertas akhbar terpakai sudahlah...)






Thursday, March 24, 2016

March 24, 2016


Yeay! Hari ni uncle dapat hadiah 'gelang' sempena hari lahir uncle esok…! 

Jutaan terima kasih kepada Unit Endoskopi, HKL atas perhidmatan kelas pertama anda, terutama kepada staf‐stafnya yang berdedikasi dan sentiasa responsif! 

 Cemburu tak gelang uncle? Hu hu hu…!






Wednesday, March 23, 2016

March 23, 2016


Hebat! Ini memang betul pakar tukar ni…!

(…uncle rasa dia sepatutnya 'tukar' ayat, ni… Baahaha..!)






Tuesday, March 22, 2016

March 22, 2016


Alhamdulillah hari ini hujan setelah panas beberapa hari…

Hati-hati memandu kerana jalan licin dan yang paling penting, patuhi undang-undang jalanraya ya kawan-kawan!

;)







Monday, March 21, 2016

March 21, 2016


Nasi bajet sudah banyak ditemui… Kini burger bajet. 

Selepas ini…?


(…ini semua mencerminkan keadaaan ekonomi negara kita sekarang…)






Saturday, March 19, 2016

March 19, 2016


Ini telefon awam yang paling selesa di dunia..! Boleh guna sambil berbaring…!

Baahaha…!






Friday, March 18, 2016

March 18, 2016


Bahasa Nepal diutamakan? 
Bahasa kebangsaan di tempat ketiga?

Amboi, amboi, amboi…!!





Thursday, March 17, 2016

March 17, 2016


Tak payah perokok… uncle yang bukan perokok pun ada masalah keguguran rambut…!

Macam mana tu…?




#KatakanTakNakPadaRokok



Wednesday, March 16, 2016

March 16, 2016


Contohilah uncle. Kaunter belum dibuka, uncle dah terpacak di sini. Gigih bukan? 

(Okey, okey. Sebenarnya pakcik yang paling hadapan tu lebih gigih. Contohilah dia. Baahaha…!)


:D






Tuesday, March 15, 2016

March 15, 2016


Ini mesti diterjemah langsung dari ayat,

"Lima kali potong, percuma satu kali."




(Tambahan: 1 times siap ada S, tu..!)





Monday, March 14, 2016

March 14, 2016


Habis berpeluh ketiak dan belakang…! PANAS!

(*Meja penuh. Terpaksa duduk dekat dengan dapur..!)






Saturday, March 12, 2016

March 12, 2016


Guest #75



Darth Vader : "I am your father…"

Stormtrooper : "I am your father–in–law…"

Eh..? Baahaha…!






Friday, March 11, 2016

March 11, 2016


Dalam kereta ada kerusi. = Biasa.

Dalam kereta ada meja. = Ini luar biasa…! 



#kagum






Thursday, March 10, 2016

March 10, 2016


Ini baru betul… Dari menconteng atau tampal dengan iklan haram, bukankah baik hias dengan barangan terpakai macam ni…! Tahniah..!

(Kalau gantung pisang atau langsat, lagi bagus! Selalulah uncle lalu sini… Baahaha…!) 







Wednesday, March 9, 2016

March 9, 2016


Eh? Apa tu? Ada orang lemas kot…?

Hey! Uncle bukan nak skodeng, okey…!





Monday, March 7, 2016

March 7, 2016


Istilah 'goyang kaki' dah tak sesuai untuk dikaitkan dengan sifat pemalas…

Tengok… sikit punya rajin tu…!!!




Sunday, March 6, 2016

Saturday, March 5, 2016

Friday, March 4, 2016

March 4, 2016


Mujur ada kipas besar. Sambil tunggu kereta siap, boleh keringkan rambut…

(…rasa macam duta iklan syampu pun ada! Baahaha)









Thursday, March 3, 2016

March 3, 2016


Ramai yang tahu, tapi ramai juga yang tak tahu…

Kain putih yang diikat di simpang jalan itu menandakan ada berita kematian orang beragama islam dan rumah si mati terletak di jalan tersebut.

Al Fatihah… (Sekadar berkongsi ilmu)






Wednesday, March 2, 2016

March 2, 2016


Lain kali pakailah elok sikit… kan dah masuk blog uncle..!

(AMARAN: Kalau nak klik untuk besarkan gambar, silalah. Tapi kalau buta uncle tak tanggung! Baahaha…)






Tuesday, March 1, 2016

March 1, 2016


Wah! Baik punya 'pot' lepak! 

Ini tak boleh jadi! Sudah! Tepi, tepi! Beri ruang untuk uncle juga!