CLICK!

Followers

Sunday, August 31, 2014

August 31, 2014


Pagi-pagi sudah tercegat di hadapan tv semangat nak menyaksikan siaran langsung sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke 57..! MERDEKA!

(Uncle ni sebenarnya terlebih semangat kerana anak uncle terlibat dalam formasi grafik padang. Hehe..)





Saturday, August 30, 2014

August 30, 2014


"Tauke, jangan pegang banyak-banyak bini nombor dua saya, aaa..."

"Bukan cemburu, tapi takut lagi banyak 'lu' pegang, lagi 'mahai, oooo..!'"

#pokai




Friday, August 29, 2014

August 29, 2014


Tangkap katak sesat dalam tandas.

Simpan katak dalam balang kuih raya yang kosong...

Jangan uncle terlupa, buka balang dan terus ngap, sudah!

Baahaha...!!





Thursday, August 28, 2014

August 28, 2014


Kata orang, untuk mengelakkan daripada basikal dicuri, kuncilah pada tiang..!

Itu memang betul....

...masalahnya orang curi rodanya pula...! Aduh...!!!"





Wednesday, August 27, 2014

August 27, 2014


"Sumpah! Uncle sedang tersenyum lebar, ni..!"

(Okey, okey... Sila jauhkan jarak anda jika tidak mahu dijangkiti batuk. Nampak tak ubat yang megkhayalkan di kiri dan kanan uncle itu...? Sebentar lagi uncle akan Zzzzzz.... Bye!)





Tuesday, August 26, 2014

August 26, 2014


Uncle memang tak faham...

...kenapa benda ni orang panggil ubat nyamuk? Bukan racun nyamuk...?




Monday, August 25, 2014

August 25, 2014


Syyyhhh.... hari ini uncle terlupa mandi pagi... 

...harap janganlah 'aromanya' hingga mengganggu orang belakang...!





Sunday, August 24, 2014

August 24, 2014

Guest #62


CIkgu Selamah Sapan. 

Cikgu mesti tak sangka anak muridnya ini akhirnya menjadi seorang blogger, kan...? 
Ya lah... zaman itu internet pun belum lagi wujud! Hehe..!


(Tak sangka dapat berjumpa semula dengan cikgu yang pernah mengajar uncle sejak 37 tahun yang lalu! Sewaktu itu uncle dalam darjah dua, belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Ngee Heng, Johor Bharu..! Terima kasih cikgu, kerana sudi luangkan masa untuk saya sekeluarga!)






Saturday, August 23, 2014

August 23, 2014


Aunty selalu cakap, "masak ni senang, main campak-campak je"

Lalu uncle jenguk ke dapur...

Memang betul! Rupanya memang aunty masak main campak-campak, je

Baahaha..!




Friday, August 22, 2014

August 22, 2014


"Selamat pulang..."

#MH17   #MalaysiaBerkabung


Baju hitam? Oh, ni memang warna kegemaran uncle. Bukan atas sebab berkabung.. :) 






Thursday, August 21, 2014

August 21, 2014


Sengaja uncle naikkan gambar ini kerana uncle tahu yang ramai tak tahu selain dari sekolah Cina dan sekolah Tamil, terdapat juga sekolah Punjabi. Jadi sekarang yang tak tahu tu, sudah jadi tahu... Jangan pula buat-buat tak tahu!

 (...psst, sebenarnya uncle pun baru tahu! Huhuhu...!)






Wednesday, August 20, 2014

August 20, 2014


'GAJAH NAIK MINYAK' = Itu biasa....
GAJAH NAIK BASIKAL' = Itu luar biasa...!

(...kecuali, ini gajah sarkis...)




Tuesday, August 19, 2014

August 19, 2014


"Sesudah subuh, di bawah tiang lampu..."

(Subhanallah... cantiknya langit tu! Rugi kalau tak diabadikan dalam blog ini..!)





Monday, August 18, 2014

August 18, 2014


Tidak mengapa... tinggal saja sampah itu di situ. Kami juga faham yang sampah itu tersangat sangat berat dan tong sampah pula berkilometer jauh jaraknya...!

(Okey, okey uncle sinis... Sebenarnya apa masalah orang Malaysia dengan tabiat membuang sampah, kan?) 





Sunday, August 17, 2014

August 17, 2014


"Eh... tadi aunty suruh beli sayur apa, eh...?"

(...balik nanti mesti aunty cakap, "Pesan lupa, selfie tak lupa..!" Baahaha..)






Saturday, August 16, 2014

August 16, 2014


"Jalan jem umpama puaka, akibat penangan rumah terbuka..."

(Kawan-kawan pun tersangkut dalam jem..? Berapa jam?)




Thursday, August 14, 2014

August 14, 2014

Guest #61


Bangganya dapat bergambar dengan tokoh pelakon perfileman melayu, 
Datuk Mustapha Maarof. Apa rahsia beliau, semakin berusia semakin segak.

(Uncle ni semakin tua semakin sesak..)





Tuesday, August 12, 2014

August 12, 2014


Kalau zaman sekarang ni ada orang cakap 
"Sumpah! Semua anak aku lahir di rumah!"

Dah sah sah orang tak percaya kan...?






Monday, August 11, 2014

August 11, 2014


Sewaktu kecil, uncle menyangka papan tanda ini bermaksud...

 'Awas, ada hantu pandai memandu kereta di kawasan ini...' 

Baahaha...!






Sunday, August 10, 2014

August 10, 2014


Seronoknya! Hari ni blogger terkenal KAKCIK SEROJA dan suami datang beraya!

...siap bawa buah mangga lagi..! Jangan cemburu!





Saturday, August 9, 2014

August 9, 2014


...dua balang dah selesai... tinggal satu balang lagi...

Sendiri beli, sendiri makan... baahaha! (Alaaa... kamu pun sama, kan?)





Friday, August 8, 2014

August 8, 2014


Entri hari ini hanya untuk menakut-nakutkan diri sendiri, sebenarnya...

#FatBooth


Thursday, August 7, 2014

August 7, 2014


Jangan ada yang buat-buat ter'forget' nak bayar, sudah...! Baahaha...!!

Hey! Uncle bayarlah tadi, okey..!





Wednesday, August 6, 2014

August 6, 2014


Kita selalu merungut dalam hal-hal yang remeh tentang kerjaya kita... walhal kerjaya orang di belakang tu memaksa dia memakai jaket kalis peluru setiap kali bertugas!

Rasa malu... kan?






Tuesday, August 5, 2014

August 5, 2014


Perniagaan bertambah laris bila penagih kembali berbaris...!

(Ingat nak berdiet hari ini... tapi nasi lemak sambal sotong tu terlalu menggiurkan! Ketagih!)





Monday, August 4, 2014

August 4, 2014


'SAMPAN'? Baahaha...!

(Eh... bila difikir-fikir, ada betul juga pesanan tu... nanti tiba musim banjir, baru kelam-kabut nak cari sampan..! Jauh visi dia rupanya...!)





Sunday, August 3, 2014

August 3, 014


BB@40 #SupportGAZA

KLIK : TABUNG GAZAMAPIM (Malaysian Consultative Council for Islamic Organization)

Terima kasih...






Saturday, August 2, 2014

August 2, 2014


Elok sangatlah ni... boleh bakar lemak yang terkumpul sejak raya hari tu...!

Harap-harap pesertanya pun cantik-cantik... eh, maksud uncle baik-baik..!





Friday, August 1, 2014

August 1, 2014


Masuk hari raya ke lima... dah mula rindu pada sardin! 

Nampak saaaangaattt sedap..kan, kan kan?!