CLICK!

Followers

Friday, November 30, 2012

November 30, 2012


Yo, yo, yo..!

Tak jumpa kopiah, pakai 'snow cap' buat sembahyang Jumaat, jadi bahan umpat, tak?

Thursday, November 29, 2012

November 29, 2012


Kalau 'abah' maksudnya seorang abah. Kalau 'abah-abah' maksudnya ramai abah? SALAH!

(Uncle selalu juga gunakan 'abah'... terutama waktu 'hujung bulan'...)




Wednesday, November 28, 2012

November 28, 2012

Ulang tahun perkahwinan yang ke-18




Alhamdulillah 18 tahun sudah... 
Terima kasih kepada puan LEENA MOHD TAIB kerana berada di sisi saya diwaktu senang dan susah... 

(Poster percuma di atas dituju khas untuk para suami yang selalu terlupa... Cetak dan tampal...!)

Tuesday, November 27, 2012

Monday, November 26, 2012

November 26, 2012


Uncle selalu tengok peti surat polis seperti ini... tapi uncle tak pernah tahu fungsinya... Sumpah! Ada sesiapa boleh terangkan?


(Dulu-dulu uncle ingatkan ia tempat anggota polis menerima 'surat cinta'... ~ Baahaha)

Sunday, November 25, 2012

November 25, 2012


Suka tengok ayah gelak ketawa di belakang tu... Tapi bukan sebab berborak dengan uncle... Tapi sebenarnya ayah sedang layan Mr. Bean...

Saturday, November 24, 2012

November 24, 2012


AMARAN: Jangan bawa isteri anda lalu di tempat yang ada perkataan LESS atau SALE... Akibatnya berjam-jamlah kamu tersangkut di situ... (sambil mendengus)


(Selepas uncle merakam foto ini, jurujual di belakang tu memberi isyarat supaya tidak merakam gambar di dalam kedai... ~ Baahaha)

Thursday, November 22, 2012

Wednesday, November 21, 2012

November 21, 2012


 Ada macam P. Ramlee, tak?


(Yang belakang tu, lah... Yang depan tu jangan kan macam P. Ramlee... Burger Ramly pun jauh sekali...!)

Tuesday, November 20, 2012

November 20, 2012


Hari ini Anis menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke... err.. ke... err.. hmmm...

(Ya! Uncle mengaku... orang lelaki memang ada masalah meningati tarikh-tarikh ni...)

Monday, November 19, 2012

November 19, 2012


"Misai susu"

Minum susu tak sama dengan menyusu, kan...?
(Soalan tiada kena mengena dengan gambar di atas, okey...?!)

Sunday, November 18, 2012

November 18, 2012


Setitik air mata mewakili sejuta kesedihan kerana tidak dapat menghadiri Gathering Kite-Kite Aje 2012 walaupun uncle telah mengesahkan kehadiran pada awalnya... (Jadi tak air mata tu...?)




NOTA: 'Banyak-banyak' tugas menjadi penghalang...  'Jarang-jarang' tiada duit nak tuang petrol kereta...  'Kadang-kadang' tiada duit dalam kocek untuk tambang bas.... (saja untuk meraih lebih simpati...)

Saturday, November 17, 2012

November 17, 2012


Terkandas... Kalaulah uncle dengar pesan aunty tadi supaya bawa payung...


(Yang mana satu benar. Lelaki memang tak suka bawa payung atau lelaki memang tak suka dengar cakap isteri..?)

Friday, November 16, 2012

November 16, 2012


"Biar orang lama, tapi kad pengenalan baru" ...kamu ada..?




(LOKASI: Jabatan Pendaftaran Negara, Bandar Tun Razak)

Thursday, November 15, 2012

November 15, 2012


Olololo.... tengok tu, betapa selesanya bahu uncle...
Jangan terkencing sudah!






(Salam Maal Hijrah 1434 untuk semua pembaca BB@40)

Wednesday, November 14, 2012

November 14, 2012


Mengaku sajalah... Sesiapa pun yang dapat berdiri di hadapan sekali atas LRT laluan Kelana Jaya, pasti akan berangan menjadi pemandu LRT...! Kan?

"Tooott - toooooooott... Tepi, tepi, tepi...!!!!"

Monday, November 12, 2012

November 12, 2012


Tiap kali tiba musim cuti sekolah
Anak saudara datang tidur di rumah
Boleh bermain asal jangan bersepah
Kalau bersepah nanti pakngan belasah
Pakngah dah tua, cepat benar lelah


(...dan YA, mereka panggil uncle pakngah)

Sunday, November 11, 2012

November 11, 2012


Di rumah uncle, mop pun diberi nama. Memperkenalkan... di sebelah kiri uncle Mop Mee dan di sebelah kanan uncle Mop Kuey Teow...

Saturday, November 10, 2012

November 10, 2012


"MURAH - MURAH - MURAH..!!!"
Dilaung dalam suara yang menyakitkan telinga... diulang sehingga beratus kali... pagi hingga petang..!

Rasa nak pijak-pijak pembesar suara tu biar terburaikan?

Friday, November 9, 2012

November 9, 2012


Alhamdulilah, sampai di Kathmandu jam 9:00 pagi waktu Nepal. Cuaca di sini agak dingin. Perlu daftar hotel segera. Harap senang dapat makanan halal. Berita baik ialah perayauan antarabangsa sangat kuat di sini... yeay!


Okey... uncle tipu... uncle di Jalan Medan Pasar, Kuala Lumpur

Thursday, November 8, 2012

November 8, 2012

Guest #50


Dia tahu... unlce akan sapa dia setiap kali dia lalu di hadapan rumah uncle...
Dia tahu... rumah kami hanya selang beberapa buah rumah seberang jalan...
Apa yang dia tidak tahu... wajah dia masuk blog uncle hari ini....!!!



(Puan Kaliama sangat murah dengan senyuman... sayang beliau...!)

Tuesday, November 6, 2012

November 6, 2012


Pagi boleh sarapan... petang pun boleh sarapan...
Jangan ada sarapan malam, sudah...!





(Makna SARAPAN : 1 makanan yang dimakan pada waktu pagi untuk mengalas perut. 2 makan pagi. 3 sesuatu yg dibuat alas atau lapik. ~ Rujukan : Kamus DBP)

Monday, November 5, 2012

November 5, 2012


Sebelum dia rakam gambar uncle, biar uncle yang rakam gambar dia dahulu... 

...walaupun hanya berani dari belakang...!






(Kamera AES sebenarnya kurang kontroversi berbanding dengan Kamera EGS. Nak tahu apa itu kamera EGS? Klik SINI, biar ARJUNA SILVERA terangkan...)

Sunday, November 4, 2012

November 4, 2012


Musim hujan datang lagi... Bukan hanya kita yang duduk dalam rumah... 
Baju sidaian pun duduk dalam rumah...





Friday, November 2, 2012

November 2, 2012


Hari ini uncle ada urusan kematian. Memang sudah rezeki dia mati hari Jumaat... Okey, lesen uncle yang mati hari ini.... 


(LOKASI: JPJ cawangan Bandar Sri Permaisuri)







Thursday, November 1, 2012

November 1, 2012


"Peng-peng... peng!!!" Itu baru tembak pakai pistol jari, terus bergelimpangan... Belum 'fire' guna laser Ultraman, lagi...!






(Kita yang rata-rata bekerja dalam hawa dingin selalu rasa kerja kita susah, kan? Tukang mesin rumput lagi lelah, tahu...!)