Blog Begins At Forty
SELF-PORTRAIT DAILY
CLICK!
Followers
Thursday, March 28, 2024
March 28, 2024
Umur bertambah.
Kekuatan mata berkurang.
Kekuatan cermin mata perlu ditambah.
Baki bank akan berkurang...
Wednesday, March 27, 2024
March 27, 2024
Uncle, badan 55 tapi jiwa 35!
Samalah macam kereta di belakang tu...
Badan Kancil tapi jiwa Porsche!
Vrooommm...!!!
Tuesday, March 26, 2024
March 26, 2024
Ulang tahun blog yang ke 15!
26 Mac 2009 – 26 Mac 2024.
Wow! Uncle sendiri tak sangka projek swafoto ini berjaya sampai di sini.
Jangan lupa tonton video di bawah ya?!
Monday, March 25, 2024
March 25, 2024
Walaupun wajah uncle nampak 25 tahun... 🙄
...tapi uncle nak mengaku di sini.
Hari ini umur uncle genap 55 tahun..!
(Okey... uncle pun tak tahu kenapa uncle perlu tunjuk
slip lesen memandu yang baru dipebaharui itu... Baahaha...!)
Sunday, March 24, 2024
March 24, 2024
Ada ni ha...
Sedang susun-susun pembikinan video
'time lapse'
sambil menunggu swafoto tarikh 26 Mac ini.
Ada apa dengan tarikh 26 Mac tu?
26 Mac ini adalah tarikh ulang tahun blog ini yang ke 15 tahun! Yeay!
Tunggu video terbaharu uncle ya!
Saturday, March 23, 2024
March 23, 2024
Soda gembira?
Uncle kena cuba ni...
Barulah swafoto uncle tersenyum gembira hari ni!
Friday, March 22, 2024
March 22, 2024
Dari jauh.
Kecilkan mata.
"Eh? Amaran apa ni? Mesti penting ni."
Datang dekat.
"Ahhh! Iklan ayam goreng! Terkena aku!"
Pengiklanan kreatif memang selalu menjadi!
Thursday, March 21, 2024
March 21, 2024
Harumnya bau rumput yang baru lepas dipotong!
Mesti yang tengok foto ni pun terbau-bau aroma yang uncle cakap tu, kan?
(Alamak! Pemotong rumput tu pandang unclelah..!)
Wednesday, March 20, 2024
March 20, 2025
Tengok lintas langsung sidang parlimen...
Mereka yang bergaduh, kita pula yang stres!
Huh!
Tak payah tengoklah.
Buat kurus pahala puasa kita saja!
Tuesday, March 19, 2024
March 19, 2024
Bulan puasa.
Tengok bantal belakang tu pun boleh teringat burger.
Rosak betul...
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)